JellyPages.com
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 17, 2015

Mommy To Be ~ Scan 4D Di Klinik Famili Sofia, Sungai Buloh

Assalamualaikum..

Hi.Hi.Hi

Semalam balik je bercuti dari PD, aku ajak hubby pergi scan baby 4D. Kandungan aku dah masuk 33 minggu dah pon baru nak pergi scan jantina. Bila aku baca kat blog-blog ramai yang cakap 33 minggu dah tak sesuai nak pergi scan sebab baby dah takde ruang nak gerak-gerak. Ofismate aku pon cakap benda yang sama.Nanti membazir je bayar mahal-mahal tapi tak nampak. Ada jugak yang cakap doktor takkan layan kalau kandungan dah 8 bulan baru terhegeh-hegeh nak pergi scan kan.

Mula-mula aku macam frust jugaklah dengar macam tu tapi hubby aku cakap pergi jela try mana tahu ade rezeki boleh nampak jantina baby kan. Lain orang lain experiencenya. So, On the way balik dari PD tu aku google-google la mana klinik yang Ok kan tapi tak banyak yang buat review scan 4D kat Sungai Buloh.

Sampai je Sungai Buloh, aku terus walk in kat Klinik Famili Sofia tanya ade buat scan 4D ke tak. Staff kat situ cakap ada tapi kena tunggu doktor yang Incharge la ( Dr.Ahmad) masok shift pukul 6 petang nanti. Waktu aku pergi tu pukul 2 pm. No need buat appointment tapi sape-sape yang nak scan 4D better call klinik tu dulu tanya Dr.Ahmad masok kerja pukul berapa.Harga Scan 4D Rm80 ~ Rm 85.

Rumah aku dengan klinik tu dekat jer so aku balik rumah dulu and decide datang pukul 6 petang. Dalam pukul 6.30 pm ak sampai klinik tu Dr.Ahmad baru sampai.Nasib baik aku tak terpacak kat situ kul 6 petang.haha.

Masa jumpa Dr.Ahmad tu aku cakaplah ak nak scan jantina 4D and cakap kandungan aku dah 33 minggu. Dr.Ahmad ok je tapi katanya dia tak promise nampak ke tak tapi dia cuba. Dia mintak buku merah tapi aku lupa nak bawak la.ayoyo.So for those nak scan baby tu sila standby buku merah anda yer.

At first, Dr.Ahmad scan 2D dulu and Alhamdulillah nampak jantinanye (boboi ke gugurl ??...teeheee) and dia tanya nak buat 4D jugak ke sebab jantina dah nampak kan.Lagipon 4D kat klinik dia just dapat gambar hitam putih je and takde video. Sebab tu harga murah. Membazir je kalau buat sebab scan 2D dah nampak jantina kan.Tapi Aku request nak buat jugak.hehe.

Alhamdulillah lepas dah scan semua Doc ckp kandungan aku ok. Uri Ok.Air ketuban Ok.Saiz baby pon ok.Kepala baby pon dah kebawah.Lega aku dengar.

So, sape-sape yang duduk sungai buloh and berminat nak scan 4D tu bolehla datang Klinik Famili Sofia ni ye..

KLINIK FAMILI SOFIA
Taman Sri Buloh, Kampung Paya Jaras,
Sungai Buloh
03-58805513
Adiosss,

XOXO

Monday, March 30, 2015

Jom Berjimba di Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah

Assalamualaikum and Hi.Hi.Hi..

Last weekend Mr.Hubby and I along with my family in-laws went to Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah. The location is situated in Sungkai, Perak and it took almost 2 hour driving from KL. To know the specific location, you can waze it.hahahaha. From KL, its better for you to take exit at Sungkai toll and just follow the signboard. No Waze application also will do..:).

Please take note that No Meals.Drinks or any kind of outside foods is allowed to enter the premise. You must buy the foods that provided inside the premise only. ( for sure the price is cekik darah) unless you have the skills how to seludup your delicious foods inside there.hehehe. As for us, we manage to bring inside our own foods.Yeehaaaa.

Operation Hours ~ 10 AM till 6 PM

As for the entrance tickets, lets check it out..:)

ADULT ~ RM 15.00
SENIOR CITIZENS ~ RM 8.00
CHILDREN ( 4 - 12 years old ) ~ RM12.00

As for Parking Fee is FOC.

From a ticket counter, there will be a transport so called a train will pick you up and drop you near the pools spot.

Instead of berendam in Hot Spring, we actually also have a choice to mandi-manda in Spring Pools which I think everybody love it more..:P

Honestly speaking we did not took any single photos to be remembers as all of us are more excited in having fun swimming in the pool.Peace Yaw!!. You can google it for image. Okey!a review without evidence. I hope you guys believe it yeah.

I think this place is kinda a good spot for you to have some quality time with your family.

Much Love XOXO,
wandaaleendaa





Thursday, March 5, 2015

Mommy To Be ~ Pengalaman Trimester Pertama

Assalamualaikum..

Hi.Hi.Hi..

Lain orang lain ceritanya.This time aku nak share my morning sickness during my first trimester. By the way, Time aku type post ni, ak baru je masuk second trimester (usia kandungan 4 bulan lebih).Fuhh lega da habis azab morning sickness.Syukur Alhamdulillah.

Seriously horibble and terrible betul my morning sicknes selama 4 bulan. Hari-hari aku muntah and langsung tak boleh sentuh makanan. Sometimes, I"ll vomit almost 10-15 times per day.Urghhh.You know what, after 4 months, my weight dropped 5 Kg.Yeaaahh!! . Aku sedih sangat and risau if anything bad will happen to my baby.Yela bila baby tak cukup zat kan.Alhamdulillah waktu second check up, doc cakap everything is OK.Just aku kena jugak paksa makan.For my goods and also surely for perkembangan baby. Aku minum air kosong pon muntah.Haiyaaaa. The most worried one is of course my Hubby.Dia pon dah tak tahu nak ikhtiar macammana nak kurangkan aku punya morning sickness.

Yang peliknya, aku boleh pulak makan kalau kat rumah orang.meaning rumah adik beradik akula.elok je aku makan masa pergi rumah abang aku kat Melaka and Kemaman.No muntah!.No pening!.Siap makan banyak lagi. Balik je KL terus muntah.Seriously baby aku tak suka bau KL kot.hahahhahaha..

Nasib baik morning sickness aku tak effect aku punya kerja.Sepanjang 4 bulan ni aku MC 2 hari je.Itu pon sebab demam kurang air dalam badan.Elok je drive kereta pergi kerja walaupun aku selalu muntah time drive nak pergi kerja and balik kerja.No worries dah standby plastik dalam kereta siap-siap.hehehehe. Orang dalam kereta sebelah tengok pelik takde hal lah.hikhik.

Alhamdulillah, sekarang da masuk trimester kedua. Dah boleh makan.Yahoo!!.Muntah sekali je sehari time gosok gigi pagi-pagi.

Much Love XOXO,
wandaaleenda

Tuesday, March 3, 2015

Pureen Stock Clearance Promotion ( 7-8 March 2015)



Assalamualaikum

Hi.Hi.Hi..

Mak Buyung so excited nak pergi memborong barang-barang baby this weekend.

Ayuh Kita!...:)


Much Love XOXO,
wandaaleenda




Tuesday, February 17, 2015

Mommy To Be ~ Pengalaman Buka Buku Merah

Assalamualaikum..

Hi.Hi.Hi.

Kali ni nak story pasal experience first check up my pregnancy a.k.a buka buku merah. Ada some mommies panggil buku pink.Ok.First check up aku on 13 Jan 2015 and of course la aku pilih klinik government memandangkan aku bukanlah dikategorikan "orang banyak pitih" yang simply-simply nak pergi melabur dekat private hospital kan.

Memandangkan aku dah bermastatutin di Kampung Paya Jaras Hulu maka klinik ibu yang patut aku pergi ialah Klinik Desa Kampung Paya Jaras Hulu lah kan.Kalau aku pergi klinik area lain confirm-confirm kena reject punya. Thanks God Klinik tu dekat je dengan rumah mertua.Jalan kaki 5 min je.Pagi tu suami aku hantarkan sebab dia risau aku melintas jalan sorang-sorang.Bukan hantar naik kereta tapi melintas jalan sama-sama Ok.haha.

Sebelum pergi klinik tu, aku call awal-awal tanya dokumen apa yang patut bawak.senang nanti takdelah kelam kabut kan.Nurse kat situ cakap just bawak IC je.Ade sesetengah klinik mintak sekali sijil nikah.Kalau sapa-sapa yang baru nak bukak buku merah tu better call dulu untuk dapatkan kepastian.

Yang paling tak best bila pergi klinik government ni of courselah kena menunggu lama kan.Sigh. Aku pergi time tu pukul 8 lebih. Pukul 12 lebih baru nombor aku dipanggil.Sobs.Sementara tunggu turn , nurse kat situ suruh semua bakal-bakal ibu pergi buat urine test, timbang berat and ukur tinggi dulu.Alhamdulillah urine OK.berat 61kg and tinggi 152 cm.( Ok my BMI still not overweight..teehee :).Dalam pukul 10 lebih macam tu suami aku dah start bosan and moody je sebab kena tunggu lama.And yet, dia dah start membebel service kat situ lambat.Last-last aku suruh dia balik sebab malas nak melayan dia.Aku OK je sorang-sorang.Lagipun kesian jugak kat dia baru je balik kerja pagi tu tak sempat nak rehat and tido, terus teman aku pergi klinik.Dia promise akan datang balik ambil aku pukul 1pm.Ok, noted!.

Sampai turn aku, nurse panggil untuk diinterview pasal family background, health background and I got one copy of that book.Then tunggu turn untuk ujian darah pulak ( Ujian Thalasemia I guess). Punya la payah nurse nak ambil sampel darah aku sebab tak jumpa port cucuk yang sesuai..Lepas 2 3 kali kena cucuk barulah settle.Sobs. T_T.Nurse pelik sebab aku buat muka selamber jer.Dia pulak yang risau takut aku sakit.Aku cakap dengan nurse " takpe saya Ok, try la cucuk sampai dapat".dalam hati nurse tu tak tahu yang aku duk maki hamun dia.Sakit Oii!!.huhu. Result dia nurse tak bagi on that day sebab kena hantar pergi makmal dulu.Next check up baru tahu result darah tu.Lepas dah ambil darah, aku tunggu turn untuk jumpa nurse dalam bilik pulak.Masuk je bilik, nurse tu check aku punya tekanan darah, keadaan kaki, tengkuk, mata and breast.Alhamdulillah semua normal.And tak lupa jugak  nurse tu ambil darah kat jari aku.Tak tahu untuk tujuan apa.Nak cek jenis darah aku maybe.

Alhamdulillah dah settle semua, nurse setkan  2nd appointment aku sebulan lepas tu which is 10 Feb 2015.Lebih kurang pukul satu aku keluar dari klinik tu.Uwaaa lega rasanya.Balik nak tido!.Malas nak tunggu suami aku datang ambil, so aku melintas jalan sorang-sorang.lama jugakla aku ambil masa nak melintas sebab kereta banyak sangat.Sampai rumah Suami aku tengah syok tido lagi.Amboiiii.


Much love XOXO,
wandaaleenda

Monday, February 16, 2015

Suamiku Encik Perfect 10 + 1

Assalamualaikum...
Hai.Hai.Hai

Suamiku Encik Perfect 10!. Finally dapat jugak curi masa suami pergi tengok filem ni. Sejak suami kerja shift ni, susah betul nak spend masa sama-sama.Cuti pon tak sama.Suami kerja isteri cuti, isteri kerja suami cuti. Sobs!.

Setelah puas berdrama melayu sebab lama tak pergi dating kan, finally suami promise ajak tengok filem ni hari sabtu haritu sebab dia kerja shift malam. So sempatla pergi tengok wayang waktu siang kan.

Dalam pukul 3 macamtu, aku dan suami gerak dari rumah pergi ke Space U8, Bukit Jelutong.memang port aku tengok wayang ada dua je, MBO Space U8 or MBO Brem Mall, Kepong Sebab dua-dua port ni tak ramai orang. Tak payah nak beratur panjang-panjang nak beli tiket and panggung pon kosong je.Suami aku tak suka bersesak dengan ramai orang, nanti dia rimas and moody je.

Plan nak pergi pagi tapi tak sampai hati la pulak nak kejutkan suami yang nyenyak tidur,Dia baru je habis kerja pukul 7 pagi and sampai rumah pukul 8 pagi.Aku bagi dia tido dulu puas-puas supaya dia tak merengek macam baby kena kacau tido and moody semedang.

Ahhh panjang betul mukadimmah aku.Entry ni nak story pasal movie SEP10 ni sebenarnya. So far aku bagi 4 bintang out of 5.hehe. Bagi aku worth jugakla spend duit beli tiket wayang untuk cerita ni.Ada kelakar, sweet, romantik and sedih of course. Tapi aku tak menangis pon.Peace yo!.Suami aku pon puas hati tengok movie ni.Ada sesetengah orang cakap, kalau dah baca novel dia, confirm tak puas hati dengan movie ni.Tak sama dengan watak dalam novel katanya. Tapi aku tak tahulah berapa % yang tak sama kan sebab aku memang tak baca novel dia.muahhahaha.By the way, gandingan Lisa Surihani dan Aaron Aziz memang mantap.Pastu kan aku rasa Syazwan Zulkifli macam hensem pulak dalam cerita ni.hehe.

Lepas je movie habis, aku dan suami terus balik rumah.rushing betul.Suami aku nak get ready masok kerja pulak.Takot jem katanya.Tak sempat nak makan and pusing-pusing dulu.Sedih!.Tetiba dalam kereta dia buat statement ni " Abang bukan Perfect 10 tapi Perfect 10 + 1"...Aku pandang dia dengan muka "..erkkk"..tang mana dia punya 10 + 1 pon aku tak tahu..sorry..:P ( maybe +1 dia yang moody tu kot)

Oklah, sekian cerita my Perfect 10 + 1 aku..

Much love XOXO,
wandaaleenda



Friday, February 13, 2015

The Journey Started

Assalamualaikum..

After a long time stop blogging, now I terjebak lagi.teehee.
Now still in the process to touch up my blog..sigh! need some time to finish it as I'm not fully blogging..
Do follow my journey..

Much love XOXO,
wandaaleenda