JellyPages.com
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 17, 2015

Mommy To Be ~ Scan 4D Di Klinik Famili Sofia, Sungai Buloh

Assalamualaikum..

Hi.Hi.Hi

Semalam balik je bercuti dari PD, aku ajak hubby pergi scan baby 4D. Kandungan aku dah masuk 33 minggu dah pon baru nak pergi scan jantina. Bila aku baca kat blog-blog ramai yang cakap 33 minggu dah tak sesuai nak pergi scan sebab baby dah takde ruang nak gerak-gerak. Ofismate aku pon cakap benda yang sama.Nanti membazir je bayar mahal-mahal tapi tak nampak. Ada jugak yang cakap doktor takkan layan kalau kandungan dah 8 bulan baru terhegeh-hegeh nak pergi scan kan.

Mula-mula aku macam frust jugaklah dengar macam tu tapi hubby aku cakap pergi jela try mana tahu ade rezeki boleh nampak jantina baby kan. Lain orang lain experiencenya. So, On the way balik dari PD tu aku google-google la mana klinik yang Ok kan tapi tak banyak yang buat review scan 4D kat Sungai Buloh.

Sampai je Sungai Buloh, aku terus walk in kat Klinik Famili Sofia tanya ade buat scan 4D ke tak. Staff kat situ cakap ada tapi kena tunggu doktor yang Incharge la ( Dr.Ahmad) masok shift pukul 6 petang nanti. Waktu aku pergi tu pukul 2 pm. No need buat appointment tapi sape-sape yang nak scan 4D better call klinik tu dulu tanya Dr.Ahmad masok kerja pukul berapa.Harga Scan 4D Rm80 ~ Rm 85.

Rumah aku dengan klinik tu dekat jer so aku balik rumah dulu and decide datang pukul 6 petang. Dalam pukul 6.30 pm ak sampai klinik tu Dr.Ahmad baru sampai.Nasib baik aku tak terpacak kat situ kul 6 petang.haha.

Masa jumpa Dr.Ahmad tu aku cakaplah ak nak scan jantina 4D and cakap kandungan aku dah 33 minggu. Dr.Ahmad ok je tapi katanya dia tak promise nampak ke tak tapi dia cuba. Dia mintak buku merah tapi aku lupa nak bawak la.ayoyo.So for those nak scan baby tu sila standby buku merah anda yer.

At first, Dr.Ahmad scan 2D dulu and Alhamdulillah nampak jantinanye (boboi ke gugurl ??...teeheee) and dia tanya nak buat 4D jugak ke sebab jantina dah nampak kan.Lagipon 4D kat klinik dia just dapat gambar hitam putih je and takde video. Sebab tu harga murah. Membazir je kalau buat sebab scan 2D dah nampak jantina kan.Tapi Aku request nak buat jugak.hehe.

Alhamdulillah lepas dah scan semua Doc ckp kandungan aku ok. Uri Ok.Air ketuban Ok.Saiz baby pon ok.Kepala baby pon dah kebawah.Lega aku dengar.

So, sape-sape yang duduk sungai buloh and berminat nak scan 4D tu bolehla datang Klinik Famili Sofia ni ye..

KLINIK FAMILI SOFIA
Taman Sri Buloh, Kampung Paya Jaras,
Sungai Buloh
03-58805513
Adiosss,

XOXO